Monday, January 31, 2011

Assalamualaikum ,
tujuan saya menulis ini bukan utk memburukkan keadaan tp meluahkan yg terpendam.

awak,
awak pernah x terfikir perasaan saya masa saya baca statement tu?


saya mengaku semua silap saya pada awak selama ni, saya blh terima sbb tu mmg salah saya.
saya x amek ati pon semua tu..cuma....
bila dah melibatkan org2 yg awak syg dan saya penyebab nya, saya rasa itu lah waktu yg plg teruk dalam hidup saya.




pernah awak terfikir macam mana rasanya berada di tempat saya?


saya sgt tertekan memikirkan semua ni sampai menangis setiap hari.


kenapa perlu menangis if da tau salah sendiri, sapa mkn cili terasa la pdsnya kan?


sebab saya sayang awak lebih dr diri saya sendiri, saya sayang family awak lebih dr saya sayang family saya.


kenapa macam tu?


saya da anggap awak n family2 awak sebahagian dari diri saya. mcm mana dorg baik dgn saya,lbey dari tu sayang saya utk mereka semua.


Jadi?


sebab tu saya sgt2 tertekan ngn statement tu.saya adalah punca org2 yg awak syg sakit ati n marah dgn awak.
saya xpernah terniat nk wat mereka marah. secara logiknya kita xkan sakitkan ati org yg kita syg.tp saya telah buat begitu.saya rasa hidup saya tunggang terbalik masa tu.


so?


saya pun buat keputusan utk tebus salah saya terhadap awak, family awak n Mr.♥ awak. saya mintak maaf atas semua keterlanjuran kata2 & perbuatan saya. dan saya telah buat keputusan, saya akan jauhkan diri dr awak asal awak bahagia dgn mereka n xkan ada msalh yg berkaitan saya lagi sbb saya adlh punca kpd mslh awak dan mereka.


huh?


saya serius dgn keputusan saya. merajuk kah saya terasa kah saya? tidak pun:) saya sedar family adalah segalanya than true friendship.


knp wat macam ni?


saya syg awak lebey dari diri sendiri, saya anggap awak mcm sibling saya. saya marah tengking wat muka semua sbb sayang n nk yg terbaik utk awak. tp mungkin cara saya melampau sgt utk awak. saya mintak maaf atas semua kekhilafan saya terhadap awak selama ni.


hurmmmm....?


saya harap awak faham keadaan saya, saya mintak maaf luahkan perasaan di space ni.. ni je pilihan yg saya ada utk luahkan semua. saya da x sanggup simpan sorg2 n saya xnk kongsi dgn sapa2 n org tu akan sampaikan kat awak tp dgn version yg da edit plak.dari dorg tmbh dosa dorg sbb memfitnah lbey baik dorg xtau lgsg.saya tulis kat sini pun sbb blog ni baru create n x popular pun.xde sape tau pun.if ade ape2 terjadi selepas saya publish post ni sama ada yg buruk or baik..saya akan tanggung:)


for u n ur Mr.Love
saya mengharapkan awak ada sum1 yg terbaik utk jga awak seumur hidup n boley trime baik buruk awak seikhlas mungkin n awak akan dapat seorg imam yg boley membimbing awak dunia n akhirat.selama ni mmg saya agak x suka dgn pilihan2 awak sbb saya rasa mereka mempergunakan awak.saya x suka tgk awak besama org yg suka take advantage bile bersama awak.saya xsuka tgk awak terluka n sedih kemudian hari.sbb tu saya akan marah bila awak kua dgn mereka.awak pernah bgtau if ada yg x kena dgn awak tros bgtau parent awak. tp saya rasa awak da besar n boley pk sendiri baik buruknya.n if awak x buat silap awak xde pengalaman n awak xdpt blja dari kesilapan.tp saya tau awak cukup cerdik menentukan hidup awak n pilihan utk hidup awak.saya berdoa awak akan tros bahagia seperti skrg. moga ur Mr. Love mampu berikan apa yg awak inginkan dalam hidup.tp awak mesti hati2 dalam hidup ni pk baik buruk dulu sebelum wat sesuatu.awak kena ingat sebaik mana pun lelaki die tetap lelaki..kena la beringat.Mr. Love saya xkan ganggu or marah2 ur love ni..sy mntk maaf byk2 da lukakan ati awak.sorry jgn marah2 die sbb saya lagi, if ade ape2 plz ask me personally rather than u scold her n write in social network like that.it make other people hurt..tlg jaga die baik2 utk saya ye :) sorry again.saya mengharap kebahagian dia dari jauh.tlg jgn sakitkan ati die demi saya.sbb saya da xde utk setiap mslh die..plz bring smile to her life.


:D saya harap semua dah clear skrg ni. dan ni la ulasan terakhir saya pasal apa yg da terjadi..jgn tny saya ape2 lagi xkisah la dalam apa2 cara sekalipun.saya xkan layan lagi.saya anggap semua dah selasai n saya pun dah owkey. kwn2 jgn la cuba nk korek rahsia lagi. jgn la cuba nk sampai2kan cerita sbb saya x minat nk dgr pun.tp if korg teringin nk tambah dosa free terpulang.skeati la nk kepochi ngn mmbr korg psl ni ke ngn sape2 ke..tu hak korg..aku sejujurnya da xde ape2 mslh lgsg.


T.A.M.A.T

Diet Mengikut Jenis Darah

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.
Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

Wednesday, January 26, 2011

assalamualaikum readers2 n stalkers2,
mcm nk baca buletin utama pulok gamaknya ni.

hihi :) arini saya cam ade mood lak nk membebel kat sini.
timer kaseh kat akak supervisor a.k.a miss dalila yg baik hati tukar proxy internet utk my lappy yg cmpany bg ni , huhu seronok dpt on9 blog , even blog aje pon yg boley saya on9.


nk post gambar akak supervisor yg hot ni tp fon aku rosak lak..
xpe2 next time aku post gambar die utk tatapan readers n stalkers.




memula nk cite yg hepy dulu kat sini..
dgn excited nye aku menaip ni..
aku nk cite aku dah 2mgu intern
alhamdulillah report utk 2 minggu tu da siap da aku wat.
pantas x aku? (baik korg angguk cpt!)


besides, org2 kat sini semua baik2 belaka..
dorg x buli pon trainee mcm aku ni..
blh di katakan aku da kamceng ngn semua staff kat sini (hebat kan?...stalker n reader plz say yes je ok:)


eh, lupa nk cite lak, bkn da nyanyuk tp x ingat je (korg jgn pandai2 nk pk benda lain ye)
mesti korg tertanya tanya kan ape kerja ak kat sini kan?
hihi, aku as trainee utk department IT..mcm asst. IT Admin la gak (poyo je....bla bla bla bla..)
korg pon mesti nk tau comapany ape yg bertuah sgt sbb amek aku ni (btol ke?..) 
eh, silap , aku yg bertuah bkn company ni.. hihihihi:)


taraaaaaaaaaaaa !!!!!!!!
ni la die nama company die:)


pelik? xpernah dgr? tu la first impression korg kan?
hihi, sama la memula pon aku cam tu gak . .
sgt pelik la n xtau la kewujudan company ni..
then aku pon search la kan psl company ni..
baru aku tau, ni company aerospace. HQ die kat US nun sana tu ha..
kat malaysia pon ade 1 je branch die..
(ok, jgn ternganga..buruk rupe korg cenggitu! tutup mulut ye nnt lalat masuk :P )




sekarang tiba la masa utk cite yg x best aku kat sini..
minggu ni actually minggu gaji utk staff2 kat sini .
tp camner ngn aku?
di sebabkan aku masuk lambat so lambat la aku dapat habuan aku (ouh, sedihnya la..)
temporary staff pon da dapat gaji dorg..
aku?
HR kata kena tgu GM blk dr US utk luluskan habuan aku..
ouh, GM a.ka. Mr.Murphy cepat la blk (dgn mata yg shining n blink2)


lagi 1 cite sedih aku kat sini kan.
minggu 3 aku kat sini aku rasa x sedap bdn..
hidung mula berair, bdn terasa panas & sejuk sgt tanpa sebab.
ape ni?
x suka la....
tlg la sy x suka awak dekat2 ngn saya..
pergi la...


ok, da penat da cita ngn korg ni..
see ya next time:)