Thursday, March 31, 2011

Tempias Bencana Negara Jiran ???



Apa ? Malaysia akan merasa tempias jika negara-negara jiran berlaku bencana alam?






Menurut Jabatan Mineral Dan Geosains, melalui kajian yang mereka lakukan, Malaysia akan turut berisiko mendapat tempias gegaran dari semasa ke semasa jika bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan filipina.


Secara logiknya Malaysia tidak berada dalam lingkaran api pasifik dan kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini masih kukuh berbanding negara lain yang sentiasa aktif.








Namun begitu, Malaysia tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat ataupun perlahan kerana jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di semenanjung Malaysia akan merasa gegaran. Jika gempa bumi melanda Filipina, Sabah dan Sarawak akan mendapat kesan yang sama dengan Filipina.


Tempias gegaran dari kedua-dua negara bergantung pada skala titik gempa sama ada cetek atau dalam.








Astaghfirullahalazim, Ya Allah selamat kan Malaysia dari sebarang bencanamu Ya Allah. Sesungguhnya kami tidak berdaya menahan ujian mu ini Ya Allah. Amin O.o






Sumber : Kosmo
Image   : Google Engine

Wednesday, March 30, 2011

Tutorial : Title Bar Maker

Tutorial ni Myra Rahman yang request . Dia duk tanya ieqa macam mana nk wat url yg gerak2 tu ?
Amende tu? ala yang (Welcome to ieqa pinkylicious , Terima Kasih Sudi Blogwalking , Sayang Awak ! , xoxo     O_o )

ouh, sonang yo tu! timer kaseh kat eiyna yang wat tutorial ni. Nak pinjam tutorial ni ye eiyna


Follow step kat bawah ni ye =)


(1)Design > Page Element > Add a Gadget > Html/JavaScript

(2)Paste coding ni kat situ =)

(3)
<script type="text/javascript">
//Created by Title bar Maker(http://www.bosiljak.hr/titlemaker)
function tb8_makeArray(n){
this.length = n;
return this.length;
}
tb8_messages = new tb8_makeArray(4);
tb8_messages[0] = "Welcome to ieqa pinkylicious";
tb8_messages[1] = "Terima Kasih Sudi Blogwalking";
tb8_messages[2] = "Sayang Awak !  ";
tb8_messages[3] = " xoxo     O_o  ";
tb8_rptType = 'infinite';
tb8_rptNbr = 5;
tb8_speed = 100;
tb8_delay = 2000;
var tb8_counter=1;
var tb8_currMsg=0;
var tb8_tekst ="";
var tb8_i=0;
var tb8_TID = null;
function tb8_pisi(){
tb8_tekst = tb8_tekst + tb8_messages[tb8_currMsg].substring(tb8_i, tb8_i+1);
document.title = tb8_tekst;
tb8_sp=tb8_speed;
tb8_i++;
if (tb8_i==tb8_messages[tb8_currMsg].length){
tb8_currMsg++; tb8_i=0; tb8_tekst="";tb8_sp=tb8_delay;
}
if (tb8_currMsg == tb8_messages.length){
if ((tb8_rptType == 'finite') && (tb8_counter==tb8_rptNbr)){
clearTimeout(tb8_TID);
return;
}
tb8_counter++;
tb8_currMsg = 0;
}
tb8_TID = setTimeout("tb8_pisi()", tb8_sp);
}
tb8_pisi()
</script>



Yang ieqa dah highlight color merah tu korang boleh tukar ikut suka korang ye =) selamat mencuba !
Lepas tu save dan letak kat bawah header =) senang je kan? boleh paham kan?


Myra Rahman if tengok coding dia ni , mesti ingat kan masa kita blajar java n vb dulu chapter array? =)



p/s : nak copy coding tu sila hightlight and click control + c ye =D

Credited to eiyna

Monday, March 28, 2011

Mission Owh Earth Hour !

Sebelum membaca entry ini anda dikehendaki mempunyai keazaman yang tinggi untuk membaca kerana entry ni x ada gambar hanya cerita sahaja.



Mission Menyelamatkan bumi kami telah selesai dijalankan dgn sempurna :) terima kasih kawan2 sudi melayan kerenah saya dan terima kasih Mr. B sudi jadi rider terbaik saya yang memastikan keselamatan saya dari permulaan misi sampai abes.Dari depan pintu umah parent saya dia ambil saya sampai la depan pintu uma parent saya tu juga dia hantar saya blk dgn selamat. Terima kasih semua.

Ikuti lah corat-coret sepanjang perjalanan misi menyelamatkan bumi kami ini T__T

Before pegi Mintak izin ngan Mak dulu ye.

Me    : Mak ika nak g celebrate earth hour ngan myra n leeya boleh tak?
Mak  : Bila ?
Me    : 26 March 2011 pukul 8.30-9.30 P.M.
Mak  : Owh, Nak duk Cheras ke Umah Mamy?
Me    : Duk umah Cheras lah.
Mak  : Nape xduk umah Mamy? Kau ni dah duk sini bukan nak g tengok
            Mamy kau tu.Contact pown x, at least call la dia.Teruk Betul la kau ni dik.
Me    : Memang la ingat nak jumpa mamy masa pergi sana.
           Rindu la dah lama xjumpa mamy :)
           Lom sempat cakap mak da marah dulu dah.
Mak  : Hari apa nak gerak?
Me    : Hari jumaat kowt.ika nak half day lah 25hb tu.

The day before earth hour,


Balik keje Mr. B ambil kat tempat keje, dia pown terpaksa half day kerana saya. hahaha =)
Sesampai je dirumah.

Me     : Sayang nak kemas baju dulu lah.
Mr. B : Lah, xkemas lagi ke ?
Me     : hihi =) belum (sambil wat muka comel,mintak simpati n xnak kene marah)
Mr. B : cepat taw , lapar ni dari pagi x mengunyah apa2 pown.
Me     : (yes,xkene marah) Jom lah masuk, kita makan kat umah je ye?
Mr B  : segan lah,ramai sgt orang tu.
Me     : xde sapa lah, paksu punya family n wan sayang je.

Tiba-tiba mak muncul dari mana tah

Mak   : Dik, Mak nak balik kampung jap lagi.
Me     : Jap lagi? kata esok?
Mak   : Apak ko ajak balik hari ini.Jap lagi abang balik keje,dia suruh tunggu
            dia balik dulu. Ayah x ikot.
Me     : Ok (masuk umah nk packing baju)

Kat luar mak borak ngn Mr.B. Dah siap packing barang2 n keluar bilik.

Mak  : Dik, bawak nenas ni bagi mamy ye ? Mak baru petik ni.
Me    : Nenas? bape bijik?
Mak  : satu je ada mak nampak tadi. Satu je lah yang ada.
Me    : ok2 :)

Lepas makan, teros gerak g cheras dengan Mr. B .
Pukul 5 sampai kat cheras lepak jap ngn mbr2 Mr.B :) msg leeya bgtau dah sampai n ajak g lepak danau.Dia pown reply ok :)
Malam tu saya gerak danau dulu sebab leeya tgu Mr.B dia.
Sesampai je kat danau terus aim rumah mamy. hihi T__T sebelum tu dah pakat ngn leeya jgn cakap ngn myra saya dah sampai.hahahaha, surprise lah konon kan, biasa la saya memang suka wat surprise ni.

Depan umah mamy, tekan loceng. tapi xde orang bukak pintu pown.tekan lagi sekali.Abg man nak bukak pintu tapi dia tgk je aku.sebab time tu lampu xbukak lagi,gelap je.

Me          : Ni ika la abg man :)
Abg Man : Owh, ika la...

tiba-tiba dia masuk dalam balik.

Myra  : ika?
Me     : ye la..aku ni..
Mr. B : hye,Myra sihat?

Tiba-tiba hilang.masuk dalam tukar baju katanya.dia suruh masuk..bukak pintu sendiri.
saya pown blurr , sejak bila la simpan spare key umah dia.camner nak bukak gate dia ni.
tunggu je lah sampai dia keluar bukak gate.

Myra : eh, kenapa x masuk?
Me    : Gate kunci la dear.
Myra : owh, kejap2..sorry:) (sambil ambil kunci n bukak gate)

Dah berjaya masuk n bagi nenas yang di kirim mak tadi. borak2 ngn mamy.lama xjumpa kan, rindu sangat.
Pastu ajak myra lepak ngn leeya sekali.Dia pandang Mamy.Mamy kata ok.Tapi menunggu cik leeya lama sgt pulak.Mamy pown x bg myra kua lagi. Tak apelah aku pown mintak diri nak g mkn. Lapor gile.

Dah makan, Dah jalan-jalan kat uptown tu, baru la leeya sampai.pegi la jumpa dia.borak2 sampai pagi.pukul 5 baru balik. Ingat nak beli Mc D breakfast tapi dah xlarat dah.Sampai umah leeya.terus je tido dgn nyenyak.
Pukul 9 lbih bgn nk g beli mcD breakfast.fuhh,4 mcD kitorang g tapi sume orang beratur sampai luar pintu. dahsyat!! last2 g beli nasik lemak je.

The Day of Earth Hour

Balik bersiap nak g jumpa myra kat sg.wang. Earth Hour spirit! kami g naik train.Myra dah tunggu kitorg n sempat wat manicure.haha =) sorry late dear. Then,leeya nak makan, dah kebulur dah dia..kitorg decide nk tgk movie kat pavi so g mkn kat foodcourt pavi je lah.G beratur sambil bincang nk tgk cite ape.decide tgk sucker punch.sebab tgk poster dia nmpak cam cite action.tapi lastly kitorg kua movie dgn penoh persoalan sebab xpaham cite tu.hahaha, all the time kat dalam movie tu kitorg asyik cakap kitorg xpaham cite ni. nevermind as long as we all still have each other..bley x?ada kene mengena ke?

lepas tgk cite tu kitorg terus rushing ke KLCC sebab lagi15 minit je earth hour.Otw tu kitorg still nmpk KLCC terang benderang.Sekelip mata je kitorang duk borak2 tgk KLCC dah gelap dah.tgk jam.Kitorg lambat seminit je..Tak pe lah kitorg duk la lepak kat taman KLCC tu.Ya Rabbi ramainya orang.Syukur lah ramai yg nk selamatkan bumi kita ni kan. Dahsyat!

Sejam kitorang tunggu nk tengok KLCC terang balik.countdown pukul 9.30. Yes! Kami berjaya menyokong menyelamatkan bumi.KLCC pown terang balik.Pastu kitorg berjalan pulang ke sg.wang nak amek kete myra.Sampai je Sg.Wang, Ouh,God! sg.wang dah tutup kat mana parking lift?pintu tangga dah tutup!berjalan lah kami dalam sg.wang yg sunyi tu.first time wok masuk sg.wang sunyi sepi.hahaha =)

jumpa guard tanya dia.lepas tu jumpa kete myra. Yeay!!secepat mungkin nk kua tapi xboleh la..jln jammed xblh gerak langsung.nevermind yg penting earth hour dah lepas!huhu , dgn perlahan kitorg redah jammed dan sampailah di desa pandan.nk makan..dah lapor gile dah.Lama gile tunggu order kitorg sampai.nevermind as long as we still have each other.lagi sekali,boley?xde kene mengena pown!

lepas makan tros balik umah leeya..wah,dah penat nak terlentang je rasanya..then masing2 tros tido dgn jaya nya tanpa mempedulikan orang sebelah menyebelah.Selfish ok nk tido dah ngntok sgt!

Last Day being together with people that i love

Bangun awal ok pukul 7 lebih.semangat nak g mcD.Mesti pelik nape lah excited sgt ngn mcD tu..hahaha sebab saya dapat coupon mcD breakfast la..purchase minimum RM5 free 2 Big Breakfast ala carte.sapa xnak kan?So g la beli kat mcD desa pandan sebab kat situ cam x ramai orang sgt.Balik je semua dah bgn n kami breakfast sama2.seronok sgt macam dulu2 je..Lepas tu myra balik.dia ada hal lain tinggallah saya n leeya.lepas tu kitorg layan HKLBR.Bergelak ketawa bersama-sama.hahahaha lawak cite tu..
Petang g lunch sama2 lepas tu Mr.B hantar balik rumah.






P/S : Entry ini di tulis dalam keadaan mengantuk, banyak lagi nak cite tapi nanti korg penat lak baca karangan ni.have fun sgt weekend lepas.sampai panjang berjela-jela entry ni.





Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011

This post will stick here until 26 March 2011
Please scroll down to read my latest post entry =D
Let save our earth together !


Lets countdown to save our earth HERE





Bumi kita perlukan rehat setelah bertahun-tahun kita sebagai manusia mengerjakannya tanpa belas kasihan. Jadi marilah bersama-sama kita memulihara semula bumi kita yang hanya ada satu dan tiada gantinya. Dan Sudah menjadi lumrah kepada saya dan kawan saya Myra Rahman untuk menyambut Earth Hour kerana kami tidak mempunyai aktiviti setelah menutup semua lampu dan tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik di rumah.


Ini bagi menunjukkan sokongan kami bagi memulihara semula bumi ini.Pada tahun pertama semasa kami sem 2 di KPTM,  saya , Myra RahmanYaya Azman dan Ajoy telah buat keputusan untuk menyambut Earth Hour di Bukit Ampang sebab boleh tengok view KL gelap. Tapi rupa-rupanya ramai lagi yang sependapat dengan kami. Akhirnya kami kecewa kerana tidak dapat sampai di Bukit Ampang kerana jalan jammed. Kami pown terlepas nak menyaksikan view KL gelap.






Pada tahun kedua semasa kami sem 4, saya dan Myra Rahmanbercadang untuk menyambut Earth Hour di Putrajaya bersama cousin Myra RahmanUntuk mengelakkan kejadian pada tahun lepas berlaku lagi, kami pown dengan semangatnya keluar awal untuk elak jalan jammed dan terlepas melihat view putrajaya gelap. Sesampainya kami disana kami di beritahu cousin cik Myra Rahman tidak berada di Putrajaya sebaliknya mereka berada di KL. Ouh, Ke mana arah tujuan kami ni? kami tak biasa dengan Putrajaya. Akhirnya kami pulang ke rumah dalam keadaan hampa lagi.






Tetapi pada tahun ini kami telah merancang sambutan Earth Hour ni sebaik-baiknya. Saya , Myra Rahman dan Yaya Azman telah merancang sebulan lebih awal tentang aktiviti yang akan kami lakukan dan lokasi yang kami akan pergi. Kami telah merancang untuk bermandi-manda pada pagi sabtu memandangkan kami dah jarang berjumpa dan itulah salah satu aktiviti yang kami gemar lakukan dulu. Selepas itu kami bercadang nak ke Town. Kalau dulu kami tak dapat tengok view KL gelap, kali ni biarlah kami sendiri berada dan merasakan KL gelap untuk seketika.


Harap-harap kali ini kami berjaya untuk melaksanakan misi meyelamatkan bumi kami. Amin =D



Please Support To Save Our Earth








Image : Google Engine

Wednesday, March 23, 2011

Good Luck To SPM 2010 Candidates


Date : 23 March 2011
Time : 10.00 a.m.
Location : Sekolah Masing-Masing




Adik-adik yang akan mengambil keputusan SPM sebentar nanti, harap anda redha dengan apa yg akan anda dapat nanti. Anda sudah berusaha , berdoa, dan tawakal . Sekarang masanya untuk melihat hasil titik peluh anda selama ini.


Jika berjaya mencapai target anda, Alhamdulillah =D Jika tidak, jangan putus asa ini bukan penghalang untuk anda berjaya kelak. Teruskan usaha anda untuk ke menara gading. Buktikan lah anda mampu berjaya di sana.


Ini adalah lesen untuk anda berkenalan dengan dunia luar selain orang sekeliling anda sekarang. Harap adik-adik semua tabah menghadapi cabaran dan tidak lupa diri bila berkenalan dengan suasana, tempat dan kawan baru.


Semoga berjaya menempuh alam dewasa atau proses mendewasakan diri dan mematangkan diri. Belajar lah dengan apa yang akan berlaku di hadapan anda nanti.











Image : Google Engine

Monday, March 21, 2011

Wearing A Hijab

Baru-baru ni ada seseorang ni da pakai tudung, comel sgt..bertambah manis dia taw. Suka la tgk, Mata dia redup je.lemah lembut orangnya. Jom la tgk :)





 Cantik kan? kenal tak? ni la Irma Hasmie. Dia cakap dia pakai lepas blk umrah bulan lepas.Sebelum pergi umrah dia ada berdoa mintak petunjuk dari Allah.Alhamdulillah Allah maha pengasih.Suka sgt tgk muka dia ni..sejuk je hati bila pandang.Mula2 tgk kat TV3 nampak dia pakai tudung ingat dia saja2 je.Rupanya betul dia pakai.                                                                                    


Tiba-tiba teringat Semalam teman my friend g pasar, Raje namanya. Dia shopping la tudung n shawl yg latest. aku yg hari-hari blogwalking ni dah tau la nama2 shawl n tudung ni. Macam-macam jenis tudung aku explain kat my friend. Samapai akak owner booth tu pown pelik.



akak        :  bagus lah dia x pakai tudung pown tapi tau pasal tudung.
Me          :  biasa lah kak hari-hari tgk kat blog n suka tgk org pakai.
Raje        :  ????? blur , sambil dok pilih yg mana yang berkenan di hati.
Me          :  saya nak beli tudung untuk mak saya lah . Raje mana satu cantik ye?
Raje        :  Pandang sambil pilih tudung utk dia .
Me          :  Hurm ???
akak        :  Mula lah promote tudung dia kat aku, And tolong pilih kan colour.
Me          :  Layan...sambil fikir koleksi tudung n baju mak.
Me          :  Lastly dapat lah 2 helai utk my mom .
Raje        :  Still dok belek2 mana yg cantik, RAMBANG MATA OK !
akak        :  Dik tak nak pakai tudung ke ? cantik .
Me          :  Gulp ! telan air liur banyak . err, nanti lah kak..
akak        :  x ready lagi ye?
Me          :  nanti saya pakai bukak pakai bukak org cakap apa pulak kak. 
                  saya akan pakai juga 1 hari nanti.
akak        :  betul2 , dah ready nanti pakai la ye.. 
Me          :  Biar lah aku puas pakai baju sendat mendat n sexy2 dulu
                  daripada aku pakai tudung tapi still menampakkan
                  bentuk tubuh aku.x guna juga. (cakap dalam hati aje taw)



Tunggu je lah, saya tahu tutup aurat tu wajib . Saya tak pernah lupa . Bagi saya bila pakai tudung tu biarlah betul-betul tutup aurat.Serba serbi kena jaga biarlah semua yg kita buat berlandaskan Islam yg sebenar.










Image : Google Engine

Honest is The Key of Happiness

Sunday, March 20, 2011

THIS IS A STICKY POST (14-20/3/2011).
 PLEASE SCROLL DOWN TO READ LATEST POST ENTRY.



Within 14 March 2011 to 20 March 2011, ikapikasapikasapikot.blogspot.com is under construction.

Sorry for your inconvenience. 





Friday, March 18, 2011

GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY

Wah, ieqa join GA ? First time ni..hmm, GA ni cousin ieqa tag nama ieqa tadi . GA ni pulak cousin dia punya kira macam dua pupu ieqa la kot. paham x? ke pening? buat2 paham je lah sebab ika pown  tak reti nak terangkan macam mana .

owkey, ieqa pon nak take part juga. Nak rapatkan silturrahim kan. hihi :)
owkey jom layan GA ni.



Syarat-syarat Penyertaan



1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky     = DONE

2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "    = DONE


3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post)  = DONE






4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag...
= oit ieqa nak tag orang ni :




5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...   = DONE


6. Tarikh tamat penyertaan pada 30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam. 





Thursday, March 17, 2011

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011



From 17 March until 20 March 2011
Monumen Alaf Baru, Precinct 2 Putrajaya.
7.00 a.m. - 9.00 p.m.








 2011 Theme : 1World 1Malaysia 1fiesta

1World : Balloonist(driver balloon) dari seluruh dunia menyertai fiesta ni. Ini akan jadi tarikan kepada pelancong2 utk datang ke Malaysia.

1Malaysia : Seluruh rakyat Malaysia dari berbilang bangsa dijemput hadir memeriahkan fiesta ini.

1Fiesta : Selain event Hot Balloon ni, ada juga aktiviti2 lain yang di sediakan untuk beridah dan berhibur sambil mengeratkan silaturahim.









Bayaran adalah RM10(dewasa) dan RM5(kanak-kanak) untuk 5 minit
Anda dinasihatkan untuk datang awal sebab nak elak kena beratur panjang nak beli tiket 








Kalau nak ambil gambar kat fiesta hot balloon ni anda dinasihatkan menggunakan camera yang ada zoom yg bagus.Macam DSLR dgn minimum 105mm Lens adalah antara yang bagus untuk capture gambar yg hebat semasa di fiesta ni.










Nak tengok map utk tapak fiesta ni DISINI
Jadi tunggu apa lagi mari lah pergi beramai-ramai ke fiesta ni.Cepat sebelum terlambat, Nanti menyesal pulak :)





P/S : i wish someone will bring me there. Teringin sangat nak naik belon panas tu. PLZ:)


Tuesday, March 15, 2011

Petua Batuk

Sekarang ni kan musim demam,batuk n selesema. Mak, cik ieqa pown terkena lah juga demam n batuk2 ni.Alhamdulillah demam dah ok, 2 hari x bgn taw xpernah cik ieqa tgk mak, cik ieqa demam sampai xley nk bgn lgsg.Takot cik ieqa tgk :) sekarang ni dah ok lega rasanya.Cuma batuk2 je..Mak, cik ieqa mintak cik ieqa watkan jus timun utk dia.Mak cakap tu salah satu petua nk elokkan batuk.Owkey, sayang mak punya pasal cik ieqa pown watkan la. Sekarang cik ieqa nk share ngn readers.If batuk2 tu ley cuba kan.


1. Memula nk wat Jus Timun mesti lah kena ada timunnya kan.Pastikan korg ada timun ye.Timun tu korang basuh bersih2 taw. 

X kisah la bape bijik pown, 1 pown owrite je

2. Lagi satu mesti kena ada Gula Batu ye. Boleh Di beli di mana2 kedai berhampiran anda.Bagi yang Islam sila pastikan ianya HALAL ye sblm beli.



3. Lepas tu buang kulit timun tu 


or

4. X nak buang pown xpe gak



5. Lepas tu blh potong ikut citarasa masing2. X cantik pown xpe sebab nak blend pown.



6. Da siap potong, boleh lah di blend timun tu.Jangan lupa letak air sikit, secukup rasa lah air tu jgn byk sgt jgn sikit sgt.

Before & After blend

7. Sila campur sedikit je gula batu kat dalam jus timun ni. Korang nak Blend sekali pown blh nak campur lps Blend pown blh jugak

Sikit je taw, Agak2 besar ibu jari perempuan je

8. Ni la hasilnya bila dah siap.boleh wat banyak2 wat stock simpan dalam peti ais ye.



9. Hampas2 timun tu if xnak blh lah buat mask. Boleh jimat duit. Batuk elok Muka pown Cantik gitu.





p/s : Nak sihat kena lah ikhtiar, Cuba sekali if x elok juga cuba lah lagi sampai elok, xde sakit yg blh elok sekelip mata je kan.


Monday, March 14, 2011

Alahai Badminton

Koo-Tan



Pasangan beregu negara Koo Ken Kiat & Tan Boon Heong telah mengecewakan saya kerana mereka gagal utk menang utk All England malam tadi.

Mereka telah kalah pada tangan pasangan beregu Denmark. Koo & Tan pada awalnya telah menunjukkan aksi yg penuh bertenaga sehingga memenangi set pertama.Mereka hampir Menang Straight Set tapi beregu Denmark tiba2 bangkit dan berjaya mendahului pasangan beregu Koo & Tan.Koo & Tan terus hilang fokus sehingga di set ketiga iaitu set penentuan.

Situasi itu amat menggusarkan Kami sekeluarga sebagai penonton.x senang duduk masing2 sampai kejang2.Akhirnya Pasangan Beregu Malaysia tewas juga walaupun sokongan yg mereka dapat dari penyokong yg menonton secara live tu sgt hebat. Tahniah kepada penyokong yang menyaksikan perlawanan coz da bg sokongan x berbelah bagi even beregu kita x menang.



Chong Wei VS Lin Dan


tapi aksi badminton perseorangan telah mengubat semula hati2 penyokong semua.Pemain badminton kebanggaan negara yg menduduki ranking pertama dunia, Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mengalahkan Lin Dan.Lin Dan adalah pemain keempat dunia yg berasal dari China adalah seorang pemain yg cukup handal dan amat cekap.Chong Wei sukar utk menang bila berdepan dgn Lin Dan. Chong Wei sering kali terpaksa menanggung kekalahan di tangan Lin Dan sejak akhir2 ini.



Tahniah Datuk Lee Chong Wei !



Buat Kali kelapan Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan dan mengekalkan kemenangan di All England.Itu adalah kejayaan yg amat membanggakan bagi peminat2 beliau dan beliau sendiri kerana Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan dengan Straight Set.Tahniah Chong Wei, akhirnya Datuk Lee Chong Wei membuktikan dia berhak duduk di ranking pertama dunia dan berjaya menyekat sesiapa pun yg menentangnya.teruskan lah kejayaan yang bermakna ini.

Image : Google Engine , Kosmo , Metro

Thursday, March 10, 2011

Melayu jangan pupuskan jawi

Sumber : Kosmo


Ni antara tajuk utama kosmo hari ini yg menarik perhatian aku. 
so aku nak tanya korang sume korang tau ke tulis jawi? 
                                     
If tau bagus lah. If xtau tu korg cuba la belajar sbb jawi ni x susah pun taw.
ofcoz korg sume yg beragama Islam tau baca kan tulisan jawi ni sebab tulisan jawi ni sama ngn arab cuma tulisan arab selalunya ada baris tapi utk yg dah expert dalam bahasa arab mmg la tulisan arab dorg tu xde baris n tulisan jawi xde baris pown sebab ejaan sume macam bahasa melayu so mudah nk difahami n dipelajari.

lagi pun jawi ni kan bahasa yg digunakan masa awal2 pembentukan tanah melayu dulu.
kan dalam sejarah kat batu bersurat tu tulisan yg nenek moyang kita guna dulu tu kan jawi.
Jawi ni macam warisan yg nenek moyang kita tinggalkan untuk kita semua.

Jadi, xkan lah nk di lupakan macam tu je even sekarang dah moden n dah ade tulisan rumi kan?
Dah alang2 korang tau baca Al-Quran kan? secara x langsung korang ley baca tulisan jawi ni n ley blaja tulis jawi lak.xrugi n xsusah.

Harap2 ada lah badan NGO n Kerajaan yg boleh martabatkan tulisan jawi ni. macam kat billboard yg P1 buat wat ni pown dah boley bukak mata orang ramai jugak kan tentang pentingnya jawi ni. 

sumber : kosmo
kan Hang Tuah pernah pesan Takkan Melayu Hilang Di Dunia . If xnk hilang bangsa melayu ni kita sendiri sebagai MELAYU jgn lah lupa daratan. Jangan lah jadi duri dalam daging or musang berbulu ayam ye. If x kata2 Hang Tuah tu hanya tinggal kata2 je la.If Melayu hilang or lebih tepat sekarang ni dah xde identiti melayu dalam diri melayu sendiri dah macam diri kita ni di jajah lah.
 




Wednesday, March 9, 2011

Let Exercise

Tuesday, March 8, 2011



HAPPY WOMEN DAY

yeah, kamu , kamu n kamu . . .
kawan2 cantik saya sekalian .
Hepy Women Day !!

Hari ni adalah hari kita je ok .
Yes, KITA je. 

Untuk pengetahuan awak2 yg cantik sekalian
kat China dorg iktiraf hari ini n bg cuti utk Wanita.

seronok kan?

kat Malaysia ni xde la hebat sgt pengiktirafan tu kan.
just celebration for us pown da cukup hepy kan?

at lease wanita sekarang dah jauh lebih Maju berbanding dulu kan?
wanita da ley jd PM n jawat mcm2 jawatan yg setanding ngn si kacak.

Hebat kan?


so, jgn menyesal jadi si cantik even awak si cantik yg gagah or macho.
awak tetap kebanggaan setiap wanita taw.

hikhik :)



hopefuly lps ni dah xde lah keganasan terhadap wanita lagi.
harap2 si kacak jgn lah mendera si cantik dari segi rohani n jasmani lagi.
ingat jasa si cantik tu sampai ada pengiktirafan macam ni taw kat si cantik.

si kacak ade ke pengiktirafan macam sicantik dapat?
xde kan pengiktirafan 1 dunia celebrate macam ni kan?
so pikir la betapa besar nya jasa wanita dalam hidup seharian kita.




anda belum terlambat utk mengucapkan terima kasih n i love u kat si cantik , si cantik dalam hidup anda :)


Image : Google Engine




Thursday, March 3, 2011


saya rakan baru the faceblog, em, nmpak cam facebook je logo die..xpelah layan je lah k..