Friday, April 29, 2011

bestnya duduk di teratak Pinky Momma ;)

Assalamualaikum readers ◕‿◕  


Hye readers..ye ? ha, ieqa join segmen *apasal rajin sgt ni join mende ni sekarang . hihi :) Kali ini ieqa nak join Pinky Momma punya segmen ye. Pinky Momma buat segmen untuk merombak blog list yang terletak di blog dia sekarang ni.Permintaan Pinky Momma untuk segmen ini sangat lah mudah, jom layan . .






Blog Pinky Momma ni confirm ieqa suka sebab dia sama species dengan ieqa . haha ;) colour blog dia pink, i like! kemas sebab tak semak pown tengok. Entry pown meletup and Pinky Momma ni rajin blogwalking juga orangnya ni. Selalu beri tunjuk ajar disini ye Pinky Momma :D

Sesiapa yang nak join segmen Pinky Momma ni sila lah klik tajuk di atas tu ye. Jemput-jemput lah memeriahkan majlis taw. Jangan anti-sosial sudah la k..tak elok tu =D>











Thank You For Reading  ❤ u

Today is the last day of industrial training

Assalamualaikum readers ◕‿◕ 


Hye readers, selamat petang ! seperti tajuk di atas, hari ini adalah hari terakhir ieqa internship.Hari ini kat facebook, twitter, blog, tumblr ieqa dibanjiri dengan post2 sedih lagi dramatik kawan-kawan ieqa yang yang akan menamatkan training hari ini. Macam-macam expression ieqa boleh nampak tapi kebanyakkannya sedih and bersyukur. Yang sedih tu sebab nak berpisah yang bersyukur tu sebab dah tak kena buli lagi dah.


Habis ieqa ni tak ada perasaan ke hari ini? relax je ni kan . . hahahaha =D ieqa tak terasa sedih lagi sebab ieqa dah sambung contract kat company ieqa buat intern ni sampai bulan 6 insyaAllah lepas tu ieqa sambung degree pulak. Sekarang ni ieqa rasa lebih bangga sebab hari ini adalah hari terakhir ieqa bergelar student diploma selama 3 tahun.


Rasa sekejap sangat 3 tahun tu, pejam celik pejam celik habis dah 6 sem ieqa study.Macam tak percaya pown ada juga. Tapi ieqa merafakkan rasa syukur ieqa pada Allah sebab permudahkan urusan ieqa selama ieqa study. Walau macam mana besar masalah ieqa, tapi Allah tetap tunjuk jalan untuk ieqa selesai kan semuanya.Alhamdulillah syukur..


Macam-macam pengalaman ieqa dapat selama 3 tahun menuntut ilmu ni.Selain pengalaman belajar, ieqa dapat pengalaman paling berharga sekali iaitu persahabatan. Tipu lah kalau cakap ieqa berkawan tak de gaduh-gaduh sebab 24/7 hidup ieqa dengan kawan-kawan. Tapi even dah gaduh-gaduh at the end kitorang pulang ke pangkal jalan yakni berbaik semula. guess what? gaduh-gaduh tu la yang mematangkan ieqa dengan kawan-kawan ieqa.Tak guna bergaduh pown sebab kami dah macam adik beradik sebenarnya, saling memerlukan kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan sendiri.




Yang sebelah ieqa tu la kawan yang paling rapat dengan ieqa, Myra namanya


Left : Aleea (kawan blur) | Right : Zulaika (dia suka cakap non-stop)



Kawan-kawan ieqa kat atas ini lah gula hati ieqa yang menggembirakan waktu sedih yang sentiasa ada waktu ieqa susah. Kami semua housemate,  my roomate myra la, ieqa kata dia paling rapat dengan ieqa kan? sebab kami ni tido sebantal makan sepinggan minum secawan. Bukan tu je ieqa rapat dengan family dia juga mommy dia mak ngah,ayah ngah,kak ina,kak min,mak chaq, mama and little aisyah and balqis and etc.



 



Yang ni pulak sedikit pengalaman kami yang ieqa compilekan, actually gambar ini ieqa hadiahkan untuk myra masa bufday dia. Kenangan kami semua bersama selama kitorang kenal ini. Last of all, ieqa harap sangat kawan-kawan ieqa semua ni akan berjaya dalam apa yang mereka buat dan tak lupa kenangan masa kami mula-mula kenal and mematangkan diri kami yang kebudak-budakkan sangat dulu tu. Sekarang pown still macam budak-budak tapi matang sikit and bijak sikit dari dulu :)




P/S : Ieqa sayang myra,aleea,zulaika sangat-sangat, rindu sangat dengan korg semua . i love u homies , take care !






Thank You For Reading  ❤ u

Thursday, April 28, 2011

Macam Mana Ye ?

Assalamualaikum readers ◕‿◕

Ieqa ada kerunsingan ni, pening dah fikir dari siang tadi . Tak tahu dah nak mintak tolong sapa ni. Korang boleh tolong tak ? 




Pasal  Grand Annual Dinner 2011 KPTMKL ini la ieqa duk peningkan dari siang tadi. Bukan sebab ieqa kena nyanyi duet dengan Shahir AF8 masa tu. Tapi sebab tema event ni. Korang boleh baca tak kat poster tu tema dia elegante.  Tema ni buat ieqa berfikir nak dress di luar kemampuan sendiri *awan-awan bayangan ieqa nak dress macam artist.


Wah, mana ieqa nak cari baju ikut tema dengan budget tak seberapa ni. *pening-pening  Bukan takat baju je kasut, clutch, accessories . huh, penat dah blogwalking tapi tak jumpa yang mengikut tema pown. Cuma belum cari kat actual kedai je. Tapi tak tahu nak cari kat kedai mana yang jual dengan harga yang berpatutan.


Ieqa bila ieqa sendiri yang nak settle kan apa-apa untuk diri sendiri mula lah menggelabah macam hape je. Semua tak reti nak buat, nak start dari mana dulu pown tak tahu. Terus blur lah senang cakap. Tapi kalau tolong bagi pendapat kat member-member, mencurah-curah ke ladang gandum je idea cerdik ieqa ni datang.  


Grand Annual Dinner 2011 KPTMKL ni minggu depan je. Tinggal lagi berapa hari je, sempat ke nak carik semua nak ieqa nak tu. Dah lah ni event ieqa yang terakhir dengan KPTMKL sebelum ieqa grad.



P/S : tengah bertungkus-lumus fikirkan dress utk event ni :(

 



Thank You For Reading  ❤ u

Wednesday, April 27, 2011

MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW



Assalamualaikum readers ◕‿◕


Hari ni "MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW" ieqa baru je kenal ngan blog mommy ni. Sekali baca je dah suka taw. Blog dia best kalau tak percaya tengok la. Jom la layan permintaan mommy ni ye ?


1- sila letak banner ini ya di entry kamo.. (siap)




2- buat entry khas dengan tajuk:
"MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW" 
pastikan di backlink ke blog mummy yaa!!(siap)


3- blog korang mestilah follower bawah daripada 100(ada 20 follower setakat pukul 11 27 April 2011)


4- Letakkan sekeping gambar cun korang kat situ yaaa!!(siap)


Disebabkan phone dah rosak, ieqa jumpa gambar ini je dlm simpanan

5- Berikan sedikit komen kamoo pada blog mommy!!(siap)
 

     Blog mommy cantik ok! kita ada taste sama kan mommy ? kita suka colour pink *wah! suka-suka . Ieqa paling suka blog mommy ada banyak info, tips and tutorial..Semuanya sangat berguna . . keep on that entry ye mommy?

6- tinggalkan link korang di entry ini sahaja..(siap)











Thank You For Reading  ❤ u

Tuesday, April 26, 2011

Maaf Ye?

Assalamualaikum readers ◕‿◕


Ieqa nak mintak maaf ye sebab semua setting blog ni dah hilang. Dah x santek lagi dah.. Sedih nak kena buat balik dari awal semuanya. Ni la dia tak ada kerja carik kerja. huwaaaa :'(

Sorry entry pendek sangat sebab blog under construction ok ? 



P/S : rasa macam nak nangis sampai banjir je ni. 

 




Thank You For Reading  ❤ u

Free Breakfast

Assalamualaikum readers ◕‿◕




Hari ini sampai je tempat kerja, ieqa nampak sebungkus nasi lemak kat atas meja. Wah, rezeki dari kerajaan langit ke ? tidak-tidak . . . Kak Dalila pown bersuara "Uncle Lim bagi nasi lemak" . La, yeke baik hati sungguh Uncle Lim ni kan =D 


yang kiri tu lah Uncle Lim

Akibat makan nasi lemak yang sedap tu ieqa rasa ngantok sangat sekarang ni. Ya Allah, rasa nak tido je dah ni. Mata pown dah tak larat lagi nak buka. kalau ada bantal and cubicle ni ada curtain mesti dah pakat-pakat tido je dengan Kak Dalila . 


Comel kan ieqa tido macam ni. -..-"


Ieqa dah tak tahan dah ni, ieqa nak tido.. bila nak lunch time ni ? ieqa dah tak boleh fokus lagi ni. Tolong ada batang mancis tak? ieqa nak letak kat mata ieqa ni..


P/S : Gara-gara tertinggal phone ieqa tak buat apa-apa pown semalam. Monday Blues kononnya!

Image :Google Engine




Thank You For Reading  ❤ u

Monday, April 25, 2011

BEN CARI BLOG BARU LAH


Assalamualaikum ◕‿◕

Abg Ben buat segmen untuk blogger baru macam ieqa. Semalam tak sempat join tapi Abg Ben buat lagi hari ini. Wah! Sayang la Abg Ben ♥ 



1.Header Abg Ben wajib letak = DONE


2. Tajuk : BEN CARI BLOG BARU LAH = DONE *siap backlink ke entry abg ben lagi


3.  5 Blog baru yang ieqa suka = DONE


 (1) Ayna-And-Her-Blog
 (2) Ayeem Ayam
 (3) Aerol HAfiezi
 (4) NH's Diary
 (5) One Step At A Time


4.  5 Blog lama yang ieqa suka = DONE


 (1) Santai Bersama Ben Asshari
 (2) Memorialisme_Hope With Heartstrings
 (3) Peony Pinky
 (4) Colourful of eiyna story
 (5) Yuyu Zulaika









Ha, lagi satu tolong undi Abg Ben kat sini ye =D













 


Thank You For Reading  ❤ u

Gara-gara tertinggal phone

Assalamualaikum readers  ◕‿◕


Ni Phone ieqa tapi dah rosak *sedih*


Selamat pagi dah sarapan? kalau belum sila lah sarapan dah pukul 10 ni  ◕ ‿-。
Seperti tajuk di atas hari ini ieqa tertinggal phone ieqa. Tapi bukan phone kat atas tu, phone kesayangan tapi dah tak boleh nak on. sedih!Gara-gara phone kesayangan ieqa tu kan ieqa diberi phone lain sebagai ganti untuk sementara waktu.




Ni phone Mr. B


Ha, Mr. B bagi phone dia tu kat ieqa. Baik sungguh kamu Mr. B . Owkey berbalik pada cerita asal. Ieqa tertinggal phone Mr. B ni. Pagi ni ieqa dah rancang nak buat macam-macam, tapi disebabkan phone tertinggal tergendala semua yang dirancang tu.Hish, careless sungguh ieqa ni!


Apa ieqa rancang?

1. Nak message Myra Rahman sebab nak tanya pasal Dinner Final Year Student KPTMKL *nak tanya pasal payment, theme n so on la.
2. Nak bagitau Mr. B pasal Dinner tu. Tak cakap lagi apa2 pown dengan dia.
3. Nak bincang dengan Mr.B nak bagi present apa kat 2 orang member kami punya wedding 1May *pokai tapi ikhlas nak bagi something juga.
4. Ada surprise untuk Mr. B hari ini. Tapi tak jadi pulak.*takpe tunggu balik rumah nanti je.




Hasilnya ieqa terpisat-pisat dari pukul 8 tadi sebab rasa macam tak lengkap pulak tanpa phone ni. Semua yang rapat dengan ieqa dah sedia maklum ieqa ni suka message dengan Mr. B . Kalau boleh 24/7 nak message je. Tapi sekarang first time dalam tempoh 3 bulan ni ieqa tertinggal phone. 




P/S : tengah blur sebab tak de phone ni.







Image :Google Engine

Thank You For Reading  u

Friday, April 22, 2011

Earth Day 2011

Assalamualaikum  。^◕‿◕^。




Rentetan dari misi menyelamatkan bumi bulan lepas. Untuk pengetahuan semua hari ini adalah hari bumi sedunia.Di Malaysia kesedaran tentang bumi masih kurang.Masih ramai lagi tidak menyedari wujudnya hari bumi.Mungkin hanya sebilangan tahu Earth Hour tapi tidak Earth Day.






Sejarah Hari Dunia


Pada dasarnya hari bumi yang pertama telah disambut pada 22 April 1970 bersama 20 juta rakyat Amerika. Tidak kurang juga pada waktu itu dilancarkan berbagai badan dan akta mengenai bumi, contohnya Earth Day Network(EDN), Undang-undang air bersih dan undang-undang alam sekitar. EDN ditubuhkan bersama 22 000 rakan dari 192 negara untuk perluaskan kesedaran mengenai alam sekitar.




Apa Sumbangan Kita Untuk Bumi


Macam-macam yang kita boleh lakukan untuk bumi yang tercinta, kita boleh memulihara sungai-sungai dan pantai-pantai yang semakin tercemar.Kita boleh buat program sekurang-kurangnya sesama keluarga, sambil menikmati keindahan sungai kita boleh membersihkan sungai tu.Sampah-sampah yang tidak sepatutnya tu boleh lah kita tolong buang.Praktikkan setiap kali berkelah di pantai atau sungai bawa sekali plastik sampah, sampah-sampah yang kita hasilkan sendiri tu boleh masukkan dalam plastik yang dah di bawa tadi.Kita selalu nampak kan kat tempat macam tu semua orang buang sampah ikut suka hati je.Main campak ikut dan je kan?betul tak? *ieqa  pown sama juga, sebab kat tempat macam tu mana ada tong sampah kalau ada pown jauh sangat.So, lepas baca entry ni bila-bila kita pergi berkelah kita bawa lah sekali plastik sampah ye. ingat tahu!  


Plastik pown semua tahu tak bagus sebab ambil masa yang lama nak terurai atau kompos. Tapi tahu tak plastik biodegradable yang senang sangat terkoyak tu?sekarang pasaraya *tesco,giant,carrefour,mydin guna plastik tu kalau korang semua perasan lah. Biodegradable ni ada dalam subject science form 5 masa zaman ieqa sekolah dulu.Apa itu biodegradable? Semua produk *contoh plastik atau styrofoam tapi dihasilkan secara biodegradable senang untuk terurai tanpa merosakkan alam sekitar. Harap-harap lepas baca entry ini makcik jual kuih tu pown boleh guna plastik biodegradable ye^_^ 


Contoh Product yg Ambil Masa Nak Terurai:
    Kertas =  2 - 5 BULAN
     Tali =  3 - 14 BULAN 
    Kulit Limau =  6 BULAN 
   Plastik beg =  10 - 20 TAHUN
   Kasut Kulit = 25 - 40 TAHUN 
   Tin = 50 - 100 TAHUN
   Botol Gelas = 1 JUTA TAHUN
   Botol Plastik = SELAMA-LAMANYA 


Dulu kan kita ada program kitar semula, ingat tak?  yang 3R tu, Reduce,Reuse,Recycle. Ada tak kita praktikkan sampai sekarang? Kalau tak tu sila la praktikkan semula.Tak susah pown kan?Nak terangkan pasal kitar semula ni pown rasanya tak perlu kan.Semua orang pown dah tahu kan.Program ni kat mana-mana ada.Kat sekolah,office,shopping complex.Cuma diri kita saja sedar ke tak nak selamatkan bumi ke tak kan?


 



Sebenarnya macam-macam lagi kita boleh buat untuk selamatkan bumi. Cuma setiap orang perlu ada kesedaran tentang pentingnya memulihara semula bumi kita ini. Cuba lah korang duduk perhatikan keadaan sekeliling korang, cuba fikir ini ke yang akan korang wariskan kat anak cucu korang nanti ? Jangan pentingkan diri sendiri sahaja ye. Macam-macam program dan pasal alam sekitar ni ada sekarang, cubalah sertai.Tunjukkan lah sokongan anda untuk menyelamatkan bumi.Mulai tahun ni ingat lah tarikh 22 April ni adalah hari bumi sedunia.





P/S : EDN buat macam-macam program jom lah sokong ஐ≈ Google pown berkempen jugak cuba tengok homepage google hari ini.








Sumber : Earth Day Network , Google Engine

Thank You For Reading  ❤ u

Thursday, April 21, 2011

Teringat Zaman Hingus Meleleh-leleh & Jerawat Tumbuh Dengan Sihat


Assalamualaikum readers {。^◕‿◕^。} 

Ieqa rindu sangat dengan Bff ieqa nih. Tetiba teringat waktu zaman sekolah berkain biru dulu then kami bersama-sama tukar wajah ke kain hijau.Ieqa kenal dia masa kami form 1 masa tu kami classmate and baru kenal.sebab kami dari kawasan dan sekolah rendah yang berlainan.Siapa dia?


tadaa~
Nurulhuda Binti Mohd Jamili


Awak! saya rindu awak sangat. saya rindu nak gayut tepon lama-lama ngan awak.RINDUNYA!  grr >.<! boleh tak nak putarkan masa balik?nak balik zaman sekolah dulu. ouh, doraemon yang comel boleh tak nak pinjam pintu ajaib awak tu?



Nak Pinjam boleh tak En.Doraemon?



Saya nak gayut tepon ngan kawan saya jap boleh?


Dulu kan even kami masing-masing ada phone sendiri tapi kami suka guna talian tetap rumah kami nak gayut *masing-masing kedekut nak topup sebenarnya,student kan mana ada duit. Bila kami dah on the phone tu pergh! wa cakap lu lama gila.kalah orang tengah bercinta.Macam-macam ieqa ngan cik orchidsakura ni borak.Dari hal boyfriend *yang tak berapa nak ada, kawan-kawan, cikgu *tak pasal-pasal terbabit jugak, Family, cerita sedih, gembira, kucing mati, cicak lalu, kerja sekolah tak sempat buat, angan-angan masa depan kami. huh! macam-macam lah kami borak.Tak kisah la siang ke malam ada je lah yang nak di borakkan.


Tapi makin lama kami makin jarang call nak sms pown kedekut gak masing-masing *teroknya ieqa.Masa form 5 ieqa tukar sekolah pulak *gedik nak pindah-pindah, makin lah jarang kami nak borak sebab masing-masing dah busy nak SPM masa tu.


Sampai lah 1 hari tu kami borak-borak then dia bagitahu dia dah pindah rumah.Bapak dia posting kat rawang pulak. gulp! telan air liur, terdiam ieqa masa tu. Sedih taw dia pindah ieqa lambat tahu then dah tak boleh nak gayut tepon berejam-rejam lagi.Nak gosip nak merepek n angan-angan sama through phone dah tak boleh.huwaaaa! (,-.-,)



P/S : tengah emo teringat zaman-zaman hingus meleleh and jerawat tumbuh dengan sihat






Image : Miss OrchidSakura , Google Engine

Thank You For Reading  ❤ u

Monday, April 18, 2011

Selamat Tinggal

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia =D

hye awak! ieqa dengan bangga dan rasminya mengucapkan selama tinggal kepada *dia kerana telah melukai hati ieqa selama setahun kami berkenalan.Puas ieqa bersabar tapi *dia tetap begitu juga. Ieqa tak tahan berada disampingnya.mengingatkannya ieqa berasa sakit sangat.kecewa yang teramat sangat.Tak dapat di gambarkan perasaan ieqa bila mengingatinya.



Si *Dia


Ya! inilah la *dia.Broadband Celcom CSL RM98 ieqa. Sangat sedih taw mengenang *dia ni.Tak mengenang budi langsung.Tiap-tiap bulan bayar tapi ieqa kadang-kadang tak boleh guna sebab kelembapan *dia yang amatlah terserlah.Memang tak mengenang budi langsung.Dah bayar tapi tak boleh guna setaraf macam yang ieqa bayar.Rabak poket tahu tak melayan kesabaran dengan *dia ini.


Tangisan dan makian terhadap *dia telah mejadi asam garam sepanjang kami bersama.Tapi apa kan daya *dia tetap dengan kelembapannya.Untuk tidak menambahkan kerabakan poket ieqa yang memang sentiasa rabak ni ieqa buat keputusan nak berpisah dengannya.Pada 16 April 2011 dengan tekad dan keazaman yang jitu ieqa terminate broadband Celcom CSL RM98 tu.


Jadi moral of the story is sebelum awak nak subscribe broadband awak harus dan wajiblah check dulu broadband network coverage manakah yang paling power kat kawasan awak.Just pergi je kat webpage contoh *Digi*Maxis, *Celcom or *Yes. Brand broadband awak tu tak bersalah pown if *dia lembap or xde coverage.Awk je yang tak alert *termasuk ieqa  sebab x check dulu benda penting macam ni.Jangan marah dan maki kerana anda harus tahu kelajuan broadband awak bergantung pada faktor-faktor seperti kemampuan modem, lokasi, jarak dari menara komunikasi dan jumlah pengguna secara serentak.




P/S : Lain kali wat research dulu sebelum beli n beli ikut kemampuan je.




 


Thank You For Reading  ❤ u

Last Month of Industrial Training



Assalamualaikum, hye awak yg tengah baca entry ni *sambil kenyit-kenyit mata yang bulat tapi jadi sepet bila senyum


Dah lama kan x update entry baru untuk santapan korg semua. hurm, bukan lah ieqa nak cakap ieqa ni busy mengalahkan PM kita tu sebab nak raih undi masa Pilihan Raya Sarawak yg baru berlangsung sabtu lepas.Tidak sama sekali ye! Semua maklum kan ieqa tengah praktikal sekarang ni, jadi ieqa kena bahagikan masa antara kerja dan kerjaya sebagai student. *padahal duk blogwalking je, ops! hihi :D


Bukan senang rupanya nak bahagikan masa antara belajar dan berkerja, ieqa ingat senang je n ieqa adalah jugak planning nak wat part time degree lepas abes diploma ni ada la jugak senior2 yang xsuka, tapi masa praktikal ni baru la paham kenapa ramai x galakkan ieqa wat part time degree n kerja.


Selama ieqa praktikal hampir 3 bulan ni, macam biasalah ieqa kena wat log book, presentation n report.Dalam masa yang sama ieqa kena siapkan setiap task yang supervisor bagi utk industrial training ni.Rasa macam x sempat bernafas jugak lah dalam keadaan badan yang tak berapa sihat ni dan kerja yang menimbun.Nasib baik lah psychology ieqa baik2 je.kalau tidak mesti dah stress sangat then masuk sepital.


Ieqa bukan lah seorang yang mempunyai time management yang bagus dan berdisplin sbb tu at the end semua benda jadi kelam kabut xtahu mana yang nak di buat dulu.*teroknya ieqa ni! Jumaat lepas ieqa ada presentation, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Log Book dapat disiapkan dan slides presentation pown siap sebelum waktunya, walaupun sehari sebelum presentation slides ieqa ada masalah tapi dapat di tangani dengan baik.


Inilah rupa slides ieqa yang dh corrupted tu.hilang background n tulisan pown dah x santek susunan pown x betol.


Sekarang ni ieqa tengah busy siapkan ieqa punya report.Dah penat tunggu idea nak pegi carik lak idea tu mana tah dia pegi.Report nak kena hantar by next month.Sedang berusaha untuk siapkan secepat mungkin.Nak buat semantap mungkin sebab harapan nak dapat A tu masih ada xpernah hilang lagi.29 April 2011 adalah hari terakhir ieqa praktikal.Start 2 May 2011 ieqa telah mengikat contract untuk bekerja dekat company ni sehingga bulan june.By July ieqa nak further study. InsyaAllah =D


Sebab tu lah ieqa lama x update entry baru.teringin jugak nak jadi blogger tegar nak update tiap seminit or tiap sejam. Tapi it's kind not me, ieqa just newbie blogger yang tengah belajar merangkak dari blogger2 tegar.Motif utama buat blog pown just for fun n now plus for money.InsyaAllah if ada rezeki dari Allah kan.sikit2 lama-lama jadi bukit. kawan-kawan support lah ye..rerajin la blogwalking kat sini ye.tolong menolong antara blogger x salah kan?






P/S : Blog bukan tempat utk mesyuarat tingkap taw.


 

Thank You For Reading  ❤ u

Friday, April 8, 2011

Telur Tiruan ?

Astaghfirullahalazim :r: Telur tu kan makanan ruji semua orang :face73: kenapa buat telur tiruan ni :s: dah xde keje ke :s: terdesak sangat nak duit sampai sanggup buat telur tiruan :49: sanggup nak membahayakan kesihatan orang lain yang tak berdosa . Macam mana kalau family sendiri yang makan telur tu ? xrasa bersalah ke memudaratkan family sendiri :s:


ASAL USUL TELUR TIRUAN :134:

Telur ni China Made OK :119: Semua orang tahu benda-benda yang China Made ni semuanya pirate. tapi if setakat barang biasa cam handbag pirate tu xkisah lah sebab aku pown suka sebab murah and nampak sama tapi kalau makanan pown nak pirate juga memang tak boleh dimaafkan langsung :face66: Kat china mereka dah find out pasal telur ni dari june 2003 lagi.


Lets Read This News



Kat Malaysia isu ni baru je find out. Even lambat sampai tapi kita tetap kena kekang penjualan telur tiruan ini. Tak boleh berkompromi langsung dengan orang-orang yang tak ada hati perut ni.

Telur ini sangat-sangat lah membahayakan kesihatan sebab 100 % bahan-bahan dia adalah kimia :119:  tak percaya cuba tengok picture kat bawah ni.







Picture ini hanya lah untuk di share untuk kamu semua tahu apa ingredient telur tiruan ni. Kamu semua jangan lah gatal-gatal nak try buat pula telur ini. BERDOSA TAHU MENGANIAYA ORANG  :x:  tak aman hidup korang dunia dan akhirat. Nak duit dengan senang pown buat lah dengan cara yang betul jangan ngada-ngada nak buat benda tak elok macam ni.





Kepada pengguna-pengguna cara-cara nak tahu rupa telur tiruan adalah :


Right : Fake eggs | Left : Genuine Eggs

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Kulit telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Bila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.






AWAS  :x:  BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI TELUR  :x:





P/S : Aku suka makan telur taw tak kisah lah telur goreng ke telur sambal ke asalkan telur lah. Kalau aku termakan telur tiruan lepas tu jadi apa-apa kat aku sapa nak tanggungjawab ?? sapa nak jaga family aku ? 







Image / News : Google Engine