Monday, March 14, 2011

Alahai Badminton

Koo-Tan



Pasangan beregu negara Koo Ken Kiat & Tan Boon Heong telah mengecewakan saya kerana mereka gagal utk menang utk All England malam tadi.

Mereka telah kalah pada tangan pasangan beregu Denmark. Koo & Tan pada awalnya telah menunjukkan aksi yg penuh bertenaga sehingga memenangi set pertama.Mereka hampir Menang Straight Set tapi beregu Denmark tiba2 bangkit dan berjaya mendahului pasangan beregu Koo & Tan.Koo & Tan terus hilang fokus sehingga di set ketiga iaitu set penentuan.

Situasi itu amat menggusarkan Kami sekeluarga sebagai penonton.x senang duduk masing2 sampai kejang2.Akhirnya Pasangan Beregu Malaysia tewas juga walaupun sokongan yg mereka dapat dari penyokong yg menonton secara live tu sgt hebat. Tahniah kepada penyokong yang menyaksikan perlawanan coz da bg sokongan x berbelah bagi even beregu kita x menang.



Chong Wei VS Lin Dan


tapi aksi badminton perseorangan telah mengubat semula hati2 penyokong semua.Pemain badminton kebanggaan negara yg menduduki ranking pertama dunia, Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mengalahkan Lin Dan.Lin Dan adalah pemain keempat dunia yg berasal dari China adalah seorang pemain yg cukup handal dan amat cekap.Chong Wei sukar utk menang bila berdepan dgn Lin Dan. Chong Wei sering kali terpaksa menanggung kekalahan di tangan Lin Dan sejak akhir2 ini.



Tahniah Datuk Lee Chong Wei !



Buat Kali kelapan Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan dan mengekalkan kemenangan di All England.Itu adalah kejayaan yg amat membanggakan bagi peminat2 beliau dan beliau sendiri kerana Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan dengan Straight Set.Tahniah Chong Wei, akhirnya Datuk Lee Chong Wei membuktikan dia berhak duduk di ranking pertama dunia dan berjaya menyekat sesiapa pun yg menentangnya.teruskan lah kejayaan yang bermakna ini.

Image : Google Engine , Kosmo , Metro

0 comments:

Post a Comment