Thursday, March 31, 2011

Tempias Bencana Negara Jiran ???



Apa ? Malaysia akan merasa tempias jika negara-negara jiran berlaku bencana alam?






Menurut Jabatan Mineral Dan Geosains, melalui kajian yang mereka lakukan, Malaysia akan turut berisiko mendapat tempias gegaran dari semasa ke semasa jika bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan filipina.


Secara logiknya Malaysia tidak berada dalam lingkaran api pasifik dan kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini masih kukuh berbanding negara lain yang sentiasa aktif.








Namun begitu, Malaysia tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat ataupun perlahan kerana jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di semenanjung Malaysia akan merasa gegaran. Jika gempa bumi melanda Filipina, Sabah dan Sarawak akan mendapat kesan yang sama dengan Filipina.


Tempias gegaran dari kedua-dua negara bergantung pada skala titik gempa sama ada cetek atau dalam.








Astaghfirullahalazim, Ya Allah selamat kan Malaysia dari sebarang bencanamu Ya Allah. Sesungguhnya kami tidak berdaya menahan ujian mu ini Ya Allah. Amin O.o






Sumber : Kosmo
Image   : Google Engine

2 comments:

  1. yang, dlu mse dok kapar kan selalu je rase gegaran..seram oooooo

    ReplyDelete
  2. OrchidSakura :

    yeke? maybe sebab dekat sgt kot ngan pantai..

    gpon ingat x dulu masa jerebu masa nak pmr tu?
    trok gile kan masa tu?
    aku rasa faktor2 dekat ngan pantai kowt..pantai kat situ dlm kawasan selat melaka kan?
    thats why la selalu rasa gegaran.
    sebab dekat ngan sumatera.

    ReplyDelete