Friday, April 22, 2011

Earth Day 2011

Assalamualaikum  。^◕‿◕^。




Rentetan dari misi menyelamatkan bumi bulan lepas. Untuk pengetahuan semua hari ini adalah hari bumi sedunia.Di Malaysia kesedaran tentang bumi masih kurang.Masih ramai lagi tidak menyedari wujudnya hari bumi.Mungkin hanya sebilangan tahu Earth Hour tapi tidak Earth Day.






Sejarah Hari Dunia


Pada dasarnya hari bumi yang pertama telah disambut pada 22 April 1970 bersama 20 juta rakyat Amerika. Tidak kurang juga pada waktu itu dilancarkan berbagai badan dan akta mengenai bumi, contohnya Earth Day Network(EDN), Undang-undang air bersih dan undang-undang alam sekitar. EDN ditubuhkan bersama 22 000 rakan dari 192 negara untuk perluaskan kesedaran mengenai alam sekitar.




Apa Sumbangan Kita Untuk Bumi


Macam-macam yang kita boleh lakukan untuk bumi yang tercinta, kita boleh memulihara sungai-sungai dan pantai-pantai yang semakin tercemar.Kita boleh buat program sekurang-kurangnya sesama keluarga, sambil menikmati keindahan sungai kita boleh membersihkan sungai tu.Sampah-sampah yang tidak sepatutnya tu boleh lah kita tolong buang.Praktikkan setiap kali berkelah di pantai atau sungai bawa sekali plastik sampah, sampah-sampah yang kita hasilkan sendiri tu boleh masukkan dalam plastik yang dah di bawa tadi.Kita selalu nampak kan kat tempat macam tu semua orang buang sampah ikut suka hati je.Main campak ikut dan je kan?betul tak? *ieqa  pown sama juga, sebab kat tempat macam tu mana ada tong sampah kalau ada pown jauh sangat.So, lepas baca entry ni bila-bila kita pergi berkelah kita bawa lah sekali plastik sampah ye. ingat tahu!  


Plastik pown semua tahu tak bagus sebab ambil masa yang lama nak terurai atau kompos. Tapi tahu tak plastik biodegradable yang senang sangat terkoyak tu?sekarang pasaraya *tesco,giant,carrefour,mydin guna plastik tu kalau korang semua perasan lah. Biodegradable ni ada dalam subject science form 5 masa zaman ieqa sekolah dulu.Apa itu biodegradable? Semua produk *contoh plastik atau styrofoam tapi dihasilkan secara biodegradable senang untuk terurai tanpa merosakkan alam sekitar. Harap-harap lepas baca entry ini makcik jual kuih tu pown boleh guna plastik biodegradable ye^_^ 


Contoh Product yg Ambil Masa Nak Terurai:
    Kertas =  2 - 5 BULAN
     Tali =  3 - 14 BULAN 
    Kulit Limau =  6 BULAN 
   Plastik beg =  10 - 20 TAHUN
   Kasut Kulit = 25 - 40 TAHUN 
   Tin = 50 - 100 TAHUN
   Botol Gelas = 1 JUTA TAHUN
   Botol Plastik = SELAMA-LAMANYA 


Dulu kan kita ada program kitar semula, ingat tak?  yang 3R tu, Reduce,Reuse,Recycle. Ada tak kita praktikkan sampai sekarang? Kalau tak tu sila la praktikkan semula.Tak susah pown kan?Nak terangkan pasal kitar semula ni pown rasanya tak perlu kan.Semua orang pown dah tahu kan.Program ni kat mana-mana ada.Kat sekolah,office,shopping complex.Cuma diri kita saja sedar ke tak nak selamatkan bumi ke tak kan?


 



Sebenarnya macam-macam lagi kita boleh buat untuk selamatkan bumi. Cuma setiap orang perlu ada kesedaran tentang pentingnya memulihara semula bumi kita ini. Cuba lah korang duduk perhatikan keadaan sekeliling korang, cuba fikir ini ke yang akan korang wariskan kat anak cucu korang nanti ? Jangan pentingkan diri sendiri sahaja ye. Macam-macam program dan pasal alam sekitar ni ada sekarang, cubalah sertai.Tunjukkan lah sokongan anda untuk menyelamatkan bumi.Mulai tahun ni ingat lah tarikh 22 April ni adalah hari bumi sedunia.





P/S : EDN buat macam-macam program jom lah sokong ஐ≈ Google pown berkempen jugak cuba tengok homepage google hari ini.








Sumber : Earth Day Network , Google Engine

Thank You For Reading  ❤ u

2 comments:

  1. hr ni 1 TMTC pakai bju hijau..da mcm ofis ni penuh ngn pokok..hehehe

    ReplyDelete
  2. Lara Biru:
    Baguslah support earth day namenye tu.office in green gitu kan.

    ReplyDelete